KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek digesa bertindak lebih proaktif memulihkan keyakinan ibu-bapa terhadap sistem pendidikan vokasional melalui Kolej-Kolej Vokasional (KV).
Exco Pendidikan ARMADA Nasional, Parti Pribumi Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa kementerian itu dilihat masih culas dalam memastikan agenda transformasi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya di KV milik kerajaan.
“Lebih menyedihkan apabila kerajaan lalu dilihat tidak mempunyai halatuju dalam mengendalikan pendidikan vokasional dengan tiada laluan pendidikan yang jelas bagi anak-anak yang mengikuti latihan pendidikan vokasional.
“Malah kerajaan lalu di bawah Barisan Nasional telah merumitkan lagi keadaan apabila seakan mewujudkan buffer system dalam laluan pendidikan TVET berfaktorkan peluang dan ruang pekerjaan yang tidak pernah diwujudkan dengan ketara dalam menyediakan produk TVET ke dalam pasaran,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih pincang, kata Mohd. Ashraf Mustaqim apabila halatuju yang samar itu telah gagal untuk menakrifkan akreditasi MQA bagi mengiktiraf kursus-kursus Diploma Vokasional (DV) melalui KV dan kesannya telah dapat dilihat menerusi sesi kemasukan pelajar ke KV.
Namun pihak Biro Pendidikan ARMADA Nasional dan selaku Presiden sebuah NGO pendidikan menerusi Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) merasakan Menteri Pendidkan perlu lebih agresif dalam menangani kepincangan kemasukan pelajar ke KV apatah lagi demi memperkasakan agenda nasional untuk menyediakan rakyat Malaysia menghadapi era Revolusi Industri 4.0.
“Kajian AGRA mendapati kemasukan ke KV baru-baru ini adalah begitu mengejutkan apabila rata-rata fasa satu kemasukan ke KV gagal mencapai peratusan lazim sebelum-sebelum ini pada anggaran sebanyak 70 peratus pada hari pertama pengambilan sesi pertama.
“Ini dipercayai berpunca dari penawaran kursus di KV yang telah berkurangan kepada hanya 287 jenis kursus meliputi KV seluruh negara berbanding 640 kursus yang ditawarkan tahun-tahun sebelum ini,” katanya lagi.
Malah Biro Pendidikan ARMADA Nasional mendapati terdapat sebuah KV dalam negeri Perak yang telah mencapai peratusan kemasukan terendah kebangsaan dengan hanya tujuh orang pelajar mendaftar dari 120 ruang kemasukan baru-baru ini.
Ini bererti hanya 5.8 peratus enrolment di KV daripada jumlah penuh dan pihaknya menggesa, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan benar-benar ingin merungkai kecelaruan yang selama ini dizahirkan dan berpunca dari ketidaktelusan kerajaan BN, suatu langkah yang benar-benar proaktif perlu diambil antaranya menyelesaikan isu MQA dalam pendidikan di KV serta aliran sistem pendidikan dengan merombak halatuju atau laluan pendidikan dengan lebih agresif demi pemerkasaan pendidikan negara, katanya.
Mengurangkan jumlah kursus sehingga kemasukan dengan tidak menyelesaikan isu MQA dan halatuju TVET sekaligus halatuju sistem pendidikan nasional secara agresif tidaklah mencerminkan semangat serta kesungguhan kerajaan Malaysia Baru.- MalaysiaGazette
Isu Kolej Vokasional & TVET yang tak selesai-selesai.
Tahukah anda, Tajudin Jab adalah manusia yang keluar dengan idea untuk menubuhkan Kolej Vokasional pada tahun 2012.
Masalahnya, manusia ni tak selesaikan 4 perkara paling penting pada ketika itu iaitu;
Guru – adakah guru yang KV (dulu Sekolah Menengah Teknik & Sekolah Menengah Vokasional) ini mempunyai ijazah dalam bidang profesional seperti ijazah automotif atau sekadar ijazah pendidikan?
Infrastruktur – cukup ke peralatan di 80 KV ni atau semuanya masih belajar ikut buku teks sahaja?
Kurikulum – terlalu banyak campur tangan dalam bidang kurikulum sekejap NOSS la sekejap nak ikut MQA la, akhirnya pelajar belajar praktikal seperti ditetapkan70% atau masih duduk dalam kelas belajar teori?
Akreditasi – bila 3 isu di atas tak selesai, jadilah hanya 12 program sahaja yang dapat akreditasi MQA daripada keseluruhan 615 program. Dah 7 tahun tapi hanya 12 program akreditasi?
Tajudin Jab kena jawab 4 isu ni dulu. Tanya dia sendiri, apa plan dia masa dia mula-mula buat bendalah ni sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Operasi (TKPPMO) dulu?
Awat mai lepas tangan gitu je? Kenapa berani kembangkan KV ni dari 15 Kolej Vokasional pada 2012 kepada 80 KV pada 2013?
Tahukah anda, nasib 80,00 hingga lebih dari 100,000 murid lepasan KV hari ini yang tak boleh kerja di mana-mana sebab tak ada sijil tak ada MQA – datang daripada idea Tajudin jab ni?
Atau sebenarnya apa kaitan Tajudin Jab dengan JT Academy dan kontrak 10 kampeni ‘buying places’ lagi bernilai lebih dari 250 juta?
Kesian kepada manusia-manusia yang kena tunggang dengan Tajudin Jab ni. Lain kali siasat dulu latar belakang sebelum nak kena tunggang sedara.
Kahkahkah. Cian.