Home Ekonomi SKMM tak terlibat dengan EM-IIG

SKMM tak terlibat dengan EM-IIG

SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan penglibatan di dalam pembangunan projek jalur lebar berkelajuan tinggi Enhanced Malaysia International Internet Gateway (EM-IIG) yang dijayakan oleh Xiddig Cellular Communications.

Menurut SKMM, projek tersebut adalah projek komersial sepenuhnya dan tidak mempunyai kaitan atau pun sokongan daripada kerajaan.

“Xiddig memiliki lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kesemua pemegang lessen perlu mematuhi peruntukan-peruntukan, terma dan syarat di bawah akta berkenaan.

“Lesen yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan tidak bersamaan sokongan daripada SKMM.

“Mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dinasihatkan untuk mengadakan kajian sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syarikat telekomunikasi itu mendapat perhatian ramai apabila menggunakan teks ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa majlis perasmian projek tersebut baru-baru ini.

Teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon itu antara lain menyatakan komitmen penuh kerajaan kepada pelaksanaan projek bernilai RM5.45 bilion itu.-MalaysiaGazette