Home Nasional Calon BN hilang 2kg sejak berkempen

Calon BN hilang 2kg sejak berkempen

Ramli Mohd Nor
Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor mengelak bercakap kepada media semasa membuat tinjauan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Mensun, Cameron Highlands, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2019.

RINGLETĀ – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor mengakui sejak dua minggu berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, beliau hilang berat badan sehingga dua kilogram.

Bekas Asisten Komisioner Polis itu berkata, penurunan itu berpunca tidak cukup rehat dan tidur kerana giat berkempen dan menemui pengundi Cameron Highlands dalam pelbagai program yang diaturkan sebelum ini.

“Saya rasa baik. tapi yang paling ketara sekali tak cukup tidur kerana terlalu penat. Saya mungkin hilang hingga 2kg, saya hilang berat,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Mensun, di sini, hari ini.

Meskipun menjadi calon, Ramli tidak mengundi, begitu juga calon Pakatan Harapan, M. Manogaran.

Hanya dua calon Bebas sahaja yang membuang undi dalam PRK Cameron Highlands iaitu Sallehuddin Abd Talib di Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan dan Wong Seng Yee diĀ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley.

Ketika ditanya mengenai tempat mengundi, Ramli bagaimanapun berkata beliau tidak mengundi di Parlimen Cameron Highlands kerana ketika berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), beliau didaftarkan di Kuala Lumpur.

“Saya berdaftar di Kuala Lumpur, bertugas dalam pasukan sebelum bersara, dan dalam PDRM kene ikut di mana saya bertugas

“PRU14 lalu saya mengundi di Kuala Lumpur,” katanya lagi. – MalaysiaGazette