KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoalkan mengapa membenarkan calon Pakatan Harapan, M.Manogaran memasuki kawasan tempat mengundi dengan memakai baju berlambang logo parti.
Insiden itu dirakamkan di SK Senderut.
Datuk Seri Najib Razak berkata, semua tahu Pakatan Harapan adalah kerajaan pusat sekarang tetapi tidak perlu melanggar
Akta Pilihanraya ( Seksyen 26 1 (g) )secara terang-terangan macam ini.
“Rakyat ada mata untuk lihat,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.
Tambahnya lagi: “Kalau SPR “terlepas pandang” hamper-hamper semalam, mereka nampak tak kesalahan pagi ini?”. – MalaysiaGazette