Masalah kesihatan mental sering dikaitkan dengan isu dadah yang dilihat sangat membimbangkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, menyedari hakikat itu kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut yang sememangnya tiada kesudahan.
Beliau berkata, perkhidmatan kesihatan primer boleh memainkan peranan utama dalam mengenal pasti kes-kes lebih awal dan merawat kes-kes ringan serta merujuk kepada pakar bagi kes- kes teruk atau rumit.
“Datuk Liew Vui Keong (Timbalan Menteri Kesihatan) telah mencadangkan undang–undang berkenaan rawatan penagihan agar perlu dikaji semula.
“Penagihan telah diklasifikasikan sebagai “Chronic Relapsing Brain Disease”, iaitu suatu penyakit medikal yang perlu dirawat sebagai pesakit dan bukannya sebagai penjenayah yang tidak sepatutnya di tempatkan di penjara dan pusat serenti,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Kesihatan Mental 2019 di sini malam ini.