Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak pantas menghalau calon bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands yang memasuki tempoat mengundi dengan berpakaian logo parti.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai tindakan calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memasuki Pusat Daerah Mengundi Sekolah Kebangsaan Sinderut pagi tadi.