TERKINI : “Tak Kira Parti Mana, Sembang Dalam Group Pun Kami Terajang!” – Azizan Salleh

Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM) mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan pelan dan inisiatif yang dapat meningkatkan kebajikan serta status kehidupan golongan veteran yang selama ini dikatakan dipinggir kerajaan terdahulu.

Pengerusinya, Azizan Salleh berkata, pihaknya meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada kerajaan baharu menerusi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu supaya dapat menangani beberapa isu yang berkaitan dengan kebajikan mereka, balu dan anak-anak.