Home Nasional GHaS’19 sasar 3,000 peserta

GHaS’19 sasar 3,000 peserta

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (tengah) bergambar kenangan dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa (lima kanan) dan Pengarah Majlis Halal Malaysia (MHM), Datuk Sirajuddin Suhaimee (empat kanan) serta yang lain pada Majlis Pra Pelancaran Sidang Kemuncak Halal Global di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 peserta dijangka hadir pada Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS’19) yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 April ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, jumlah ini akan melibatkan penyertaan sebanyak 130 negara dari seluruh dunia.

Menurut beliau, GHas’19 telah dijenamakan sebagai program halal baharu dengan matlamat untuk memperkukuhkan nama Malaysia sebagai negara peneraju menerusi model dan kerjasama secara kolektif dalam memacukan sektor halal.

“Menerusi GHaS’19, kerajaan berhasrat membawa sektor halal yang menghubungkan ke seluruh dunia.

“Justeru kita ingin mempelawa semua penggerak sektor dan nama-nama besar syarikat dari Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Bosnia dan Senegal untuk menyertai GHaS’19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis prapelancaran GHaS’19 di sini malam ini.

GHaS’19 akan berlangsung di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

Acara tahunan yang sebelum ini dikenali Minggu Halal Dunia itu merupakan koordinasi bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan penerajunya adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mujahid menambah objektif GHaS’19 adalah peluang terbaik untuk mengumpulkan bersama pemimpin dalam industri halal global, pihak berkuasa agama serta profesional halal dari seluruh dunia untuk memberikan gambaran mengenai halal
industri.

Jelas beliau dengan tema Halal Menghubungkan Dunia, ia satu laungan yang hebat mengenai isu-isu halal yang bukan melampau tetapi mematuhi setiap agama di dunia yang dipanggil sebagai Rahmatan Lil Alamain.

“Dalam menghadapi dan membangunkan industri halal global, konsep Rahmatan Lil Alamin sangat kebetulan.

“Menerusi rangkaian sambungan di seluruh dunia, halal global telah menjadi pemudah cara hidup. Hari ini, terbukti kita boleh mencari makanan halal tidak kira di mana anda berada,” katanya.

Sementara itu, Mujahid turut memberitahu, JAKIM telah mengiktiraf 75 Badan Persijilan Luar Negara merangkumi 43 buah negara seluruh dunia sehingga November 2018.

Pada masa sama, kata beliau, sebanyak 7,204 syarikat sijil pengesahan halal dikeluarkan Jakim sejak awal Januari tahun lalu hingga kini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. I wonder, before JAKIM existed, how did Muslims consume their halal products over the last 1000 years?

    Suddenly, comes Super Brand Jakim, Malaysian Muslims cannot go without it.

    Is this Jakim Brand a sure ticket to heaven for Malaysian Muslim?

    OR

    A tool for Politicians & Clergies Commercializing Religion for A Greater Muslim Economy.

Comments are closed.