SINGAPURA – Harga minyak jatuh selepas firma-firma tenaga Amerika Syarikat menambah struktur penggerudian minyak buat kali pertama tahun ini.
Penambahan itu bermaksud pengeluaran minyak mentah akan bertambah.
Niaga hadapan minyak mentah susut kepada AS$55.37 setong, susut 0.6 peratus berbanding harga penutup.
Manakala Brent pula didagangkan pada AS$61.37 setong, jatuh 0.4 peratus.
Para penganalisis berkata, peningkatan harga minyak mentah Amerika Syarikat uang merekodkan 11.9 juta tong sehari telah menjejaskan pasaran minyak.
Dalam isyarat peningkatan pengeluaran minyak, firma-firma tenaga telah meningkatkan jumlah struktur baharu penggerudian minyak buat kali pertama tahun ini, iaitu pertambahan 10 kemudahan, menurut Baker Hughes.
Selain bekalan minyak, persoalan utama pada tahun ini adakah wujud pertumbuhan permintaan ke atas minyak pada tahun ini.
Penggunaan minyak menunjukkan kenaikan stabil, melepasi 100 juta setong buat kali pertama pada tahun ini, dipacu oleh China.
Bagaimanapun, kelembapan ekonomi disebabkan perang perdagangan antara Washington dan Beijing telah menjejaskan jangkaan pertumbuhan permintaan minyak.
China telah merekodkan pertumbuhan paling perlahan sejak tahun 1990 pada tahun lalu.
Minyak Amerika Syarikat diunjur berharga antara AS$50 hingga AS$60 setong pada tahun ini dan lebih AS$10 untuk Brent, menurut Tinjauan Pasaran Minyak 2019 oleh Tortoise Capital Advisors.- MalaysiaGazette