PUTRAJAYA – Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pelantikan anak perempuannya Nurul Iman sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak kaitan dengan kementerian yang diterajuinya.
Malah, Menteri Kesihatan berkata, beliau sendiri tidak mengetahui anaknya itu telah meninggalkan jawatannya di sebagai pensyarah kanan di Universiti Taylor.
“Saya dah buat penjelasan bila anak saya dilantik April 2018 dan pelantikan tidak langsung ada kena mengena dengan KKM.
“Saya pun tak tahu dia meninggalkan jawatan Taylor University. Nanti beliau boleh cerita, saya tak perlu cerita mengapa dan bagaimana dia boleh menjalankan tugasnya untuk di Amanah Ikhtiar Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan anaknya itu yang menjadi pertikaian sesetengah pihak.
Beliau sebelum ini memuat naik di media sosial meminta anaknya berfikir panjang sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.
Sebelum itu, ramai mempertikaikan pelantikan anak kepada pemimpin Parti Amanah Nasional itu dalam AIM, selain pelantikan Datuk Junaidah Kiting – isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.
Terdahulu, Dzulkefly melancarkan Skim Pelindungan Kesihatan sebagai langkah kerajaan menunaikan janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Skim tersebut akan bermula pada Mac ini dan penerima yang layak merupakan warga emas berusia 50 tahun ke atas. – MalaysiaGazette
Mengapa Zul mesti susah diatas permintaan Anaknya sebagai ahli lembaga Pengarah AIM ,Anak beliau adalah rakyat Malaysia dan mempunyi mempunyi kelayakan,Dan bukan pendatang Haram,Yg mempertikai itu adalah PENGKHINAT !