KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing terus memasuki pasaran Bursa Malaysia untuk minggu ketiga – belian paling panjang sejak bulan April 2018.
MIDF Research berkata, pelabur asing membeli sehingga RM455.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu, naik sedikit berbanding minggu sebelumnya.
Pelabur-pelabur global membeli ekuiti tempatan sebanyak RM158 juta sebaik sahaja Bursa Malaysia dibuka selepas cuti Thaipusam, hari ketiga berturut-turut merekodkan belian bersih melepasi RM100 juta.
FBM KLCI ditutup melepasi 1,700 mata berbanding pasaran Asia utama lain yang merekodkan penurunan seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun.
Momentum belian bersih asing haru Rabu perlahan kepada RM29.5 juta berikutan kebimbangan pertumbuhan global di Forum Ekonomi Dunia di Davos, kata firma penyelidikan itu.
Malah, sentimen itu juga disebabkan khabar angin pembatalan mesyuarat antara Pentadbiran Presiden Trump dan perdagangan China kerana kekurangan kemajuan pemindahan teknologi, namun disangkal oleh Penasihat Presiden Amerika Syarikat, Larry Kudlow.
Menurutnya, tahap pembelian bersih asing mencapai paras melebihi RM100 juta kepada RM105.6 juta pada Khamis selepas korporat mencatatkan hasil positif dan tanda pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berada pada landasan
Aliran masuk asing memperoleh mementum untuk mencecah RM162.1 juta pada hari Jumaat.
Setakat ini, Malaysia telah melihat kemasukan dana asing sebanyak RM879.5 juta, kedua paling rendah di antara empat pasaran ASEAN yang dipantau.
Penyertaan pelabur asing adalah kukuh minggu lalu dengan nilai purata dagangan harian melonjak lebih 30 peratus kepada RM1.3 trilion, tertinggi dalam lapan minggu. – MalaysiaGazette
.