Home Ekonomi Bursa dibuka rendah

Bursa dibuka rendah

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini ditarik turun sentimen belian lemah apabila pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman yang rendah di Wall Street, di tengah-tengah penurunan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.46 mata kepada 1,689.04 berbanding 1,697.50 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 2.79 mata lebih lemah pada 1,694.71.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 165 berbanding 70 dengan 177 kaunter tidak berubah manakala 1,513 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.

Sejumlah 245.47 juta saham bertukar tangan bernilai RM96.04 juta. -MalaysiaGazette

+ posts