Home Sukan United perlu cari formula jinak PSG tanpa Neymar

United perlu cari formula jinak PSG tanpa Neymar

Neymar

PARIS – Neymar akan terlepas aksi menentang Manchester United pada pusingan 16 pasukan Liga Juara Juara Eropah Februari ini.

Walaupun kecederaan teruk yang dialami Neymar mengeruhkan keadaan Paris Saint Germain (PSG), Manchester United menarik nafas lega ketiadaan pemain itu.

Neymar akan terlepas aksi di Old Trafford dan juga di Paris.

Naymar dikeluarkan pada Rabu lepas ketika PSG berhadapan Strasbourg dalam saingan Piala Perancis.

Menurut L’Equipe, penyerang Brazil itu tidak akan beraksi sehingga Mac ini.

Dia tidak akan beraksi aksi pertama di Old Trafford pada 12 Februari dan aksi timbal balik pada 6 Mac.

Neymar telah menjaringkan 18 gol dan lapan hantaran tepat dalam aksi Ligue 1 untuk pendahulu liga Perancis itu.

The Red Devils yang menang lapan aksi di bawah bimbingan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai kelebihan ketiadaan Neymar serta Edinson Cavani.

“Masih terlalu awal untuk Neymar sebab dia sudah memulakan rawatan dan perlu tunggu dan lihat perkembangan sehingga minggu hadapan.

“Rawatannya bergantung kepada perkembangan kecederaan untuk dua tiga hari akan datang.

“Kita perlu mencari penyelesaian dan formula secara kolektif supaya menang dalam kedua dua aksi menentang PSG,” kata Solskjaer. – MalaysiaGazette