KUALA LUMPUR – Ramai antara kita memandang hina ikan bandar raya.
Sudahlah rupanya buruk, tabiat ikan itu yang gemar memakan lumut, sisa makanan dan bangkai ikan lain menjadikan tidak menjadi menu hidangan.
Kalau ada satu kebaikannya, ikan bandar raya itu berfungsi sebagai pencuci lumut di akuarium dan ‘membersihkan’ kolam.
Namun baru-baru ini, pembiakan ikan yang nama saintifiknya, Amazon Sailin Catfish itu mula menimbulkan kebimbangan kerana didakwa punca kenapa ikan lain yang menjadi sumber protein manusia semakin pupus.
Malah Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil sendiri terpanggil membicarakan isu ikan yang turut dikenali sebagai ikan cuci cermin itu.
Merujuk kepada laporan Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia yang mendakwa ‘kebanjiran’ ikan itu menganggu pembiakan ikan-ikan lain.
Justeru, Muhammad Faiz menasihati orang ramai jangan sewenang-wenangnya ‘membuang’ ikan bandar raya ke kawasan lombong dan tasik di negara ini.
Bagaimanapun, di sebalik segala ‘keburukan’ ikan itu ramai tidak tahu kebaikannya.
Seorang pengamal perubatan tradisional, Ustaz Rosdi Hassan mendedahkan, ikan bandar raya sebenar ramuan terbaik mengubati penyakit kulit, ekzema.
Caranya, selepas disiang, dagingnya dibuat sup dan khasiatnya dikatakan mampu mengubati penyakit kulit kronik itu.
Dalam laman media sosialnya, Rosdi menceritakan bagaimana sesetengah nelayan sungai membuang ikan bandar raya sekiranya ada terlekat di jaring mereka.
Malah mereka memberikannya percuma kepada Rosdi kerana mendakwa tidak ada orang mahu ikan berkenaan.
Rosdi mengambil ikan berkenaan dan akan menggunakannya bagi merawat pesakit ekzema.
Itu rahsia ikan bandar raya. Selepas khasiatnya diketahui mungkin ikan ini akan pupus dicari orang pula.
Macam ikan batu atau ikan hantu – dulu orang Melayu buang sahaja namun selepas mengetahui rasanya sedap dan orang Cina suka memakan supnya, harganya melonjak naik – kadangkala lebih mahal daripada ‘raja sungai’ si ikan patin.
Malah sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, hidangan ikan batu dianggap makanan eksotik golongan mewah.- MalaysiaGazette
kalau macam tu boleh cuba lah.