KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan sejumlah 1,120 projek pengilangan dengan pelaburan sebanyak RM137.3 bilion di Sarawak sehingga September 2018.
Projek-projek itu menawarkan sebanyak 175,000 peluang pekerjaan khususnya dalam gas asli, kimia dan produk kimia, produk asas besi, produk petroleum (termasuk petrokimia) dan produk sektor elektrik dan elektronik.
Pengarah Kanak Eksekutif Bahagian Pembangunan dan Perancangan Strategik MIDA, Zabidi Mahbar berkata, sebagai sebuah negeri terbesar di Malaysia, terdapat banyak tarikan bagi firma-firma untuk beroperasi di negeri ini.
Setakat ini terdapat beberapa syarikat multi nasional dan firma tempatan besar beroperasi di Sarawak termasuk Petronas, OCIM, Longi, X-Fab dan Press Metal.
Katanya, MIDA telah menubuhkan Platform Penyelaras Pelaburan (ICP) untukk memudahkan syarikat-syarikat mengembangkan perniagaan dan portfolio pelaburan sejak tahun depan,
ICP itu bekerja secara rapat dengan firma penasihat korporat dan ekuiti, selain pengawas selia dan penyedia teknologi tempatan untuk melaksanakan padanan perniagaan kepada perniagaan, peningkatan modal melalui hutang dan ekuiti, pelupusan dan Tawaran Awam Permulaan (IPO).
“MIDA menyeru kepada semua pihak yang berminat supaya berbincang dengan MIDA bagaimana kami boleh memudahcara aspek ini,” kata Zabidi.