KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini berikutan aktiviti jualan sederhana pada saham berwajaran tinggi terpilih diterajui saham kewangan ketika mana prestasi bercampur-campur pasaran serantau turut mempengaruhi pelabur, kata peniaga.
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.95 mata lebih pada 1,689.46 daripada 1,690.41 penutup Selasa.
Indeks itu dibuka 0.72 mata lebih rendah pada 1,689.69.
Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 134 berbanding 68 dengan 133 kaunter tidak berubah manakala 1,590 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.
Sejumlah 90.37 juta saham bertukar tangan bernilai RM37.03 juta. – MalaysiaGazette