Home Dunia Dua maut dalam serangan di masjid

Dua maut dalam serangan di masjid

Filipina
Sebuah masjid diserang bom tangan sehingga mengorbankan dua orang sehari selepas serangan di gereja di selatan Filipina.

MANILA- Serangan bom tangan di sebuah masjid dekat selatan Filipina awal pagi tadi telah mengorbankan dua orang, kata jurucakap ketenteraan serantau, Leftenan Kolonel Gerry Besana.

Insiden yang berlaku di Zamboanga City itu berlaku sehari selepas kejadian pengeboman di gereja Katolik yang telah mengorbankan 21 orang pada Ahad di sebuah kepulauan majoriti Islam, Jolo.

Kumpulan militan Islamic State mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di gereja tersebut.

Menurut Besana, mangsa-mangsa sedang tidur di dalam masjid ketika serangan berlaku.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengatakan serangan terhadap masjid tersebut adalah tindakan balas daripada serangan gereja.

Polis katanya, masih memburu pihak yang bertanggungjawab.

Serangan tersebut telah menjejaskan kegembiraan pengundi yang memberikan lebih kuasa kepada orang Islam untuk mengawal hal agama sendiri yang telah menjadi pertikaian sejak sekian lama.

Kumpulan pemberontak dan agama di Manila menzahirkan harapan supaya kawasan baharu, Bangsamoro dapat menarik pelaburan supaya mampu membantu menghapuskan kemiskinan di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa mengutuk serangan pagi tadi.- MalaysiaGazette