Home Sukan Masa depan Neymar samar

Masa depan Neymar samar

Neymar

LONDON – Paris Saint-German dijangka kehilangan penyerang sensasinya, Neymar sehingga penghujung Mac ini.

Namun Marca.com melaporkan, sekiranya pemain itu mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan, dia mungkin berehat sehingga akhir musim ini.

Bintang Brazil itu mengalami kecederaan yang pernah menimpanya sebelum sewaktu beraksi menentang Starsbourg, minggu lalu.

Kecederaan yang dialami Neymar dikatakan memberi impak kepada bahagian tubuhnya yang pernah menjalani pembedahan pada tahun lalu.

Jika dia direhatkan, PSG akan beraksi menentang Manchester United dan 12 perlawanan lain tanpa pemain itu.

Pada Isnin,  satu pertemuan diadakan antara pasukan perubatan PSG dan Brazil diketuai Dr. Rodrigo Lasmar yang menjalankan pembedahan ke atas Neymar tahun lalu.

Difahamkan, kecederaan lama Neymar dikatakan belum sembuh sepenuhnya menjadikan keadannya bertambah parah.

Sehingga kini, belum ada kata putus dikeluarkan berhubung keadaan pemain itu. – MalaysiaGazette