ENGLAND – Anthony Martial bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama Manchester United, sekali gus menamatkan segala spekulasi tidak menentu yang menyelubungi pemain dan the Red Devils sejak tiga bulan lalu.
Bintang penyerang antarabangsa Perancis itu dikhabarkan mengambil keputusan meninggalkan Old Trafford selepas didakwa kecewa dengan perkembangan di Theatre of Dreams.
Namun , Naib Presiden Eksekutif Ed Woodward sentiasa berkeyakinan tinggi untuk mengekalkan pemain prolifik masa depan itu demi kegemilangan kelab paling suskes di England.
Akhirnya siri rundingan sejak beberapa minggu lalu bersama ejen pemain itu berjaya mencapai keputusan muktamad.
Martial dijangka menandatangani kontrak baharu bertempoh lima tahun sehingga 2024 dalam beberapa hari lagi.
Berita itu merupakan satu khabar lega untuk Man United yang terdesak sejak beberapa bulan lepas untuk mempertahankan masa depan pemain berusia 23 tahun itu dan juga penjaga gol David de Gea.
Kontrak Martial yang dijangka disertakan dengan opsyen 12 bulan satu batu loncatan untuk Woodward yang enggan membenarkan Jose Mourinho sebelum ini yang begitu tegas untuk melepaskan pemain berkenaan atas alasan kurang menyerlah.
Martial dikaitkan penghijrahan ke beberapa kelab Eropah selepas kedudukannya tidak dijamin di bawah pengendalian bekas pengurus warga Portugal itu.
Namun aksi luas biasa Martial dibawah kendalian Pengurus Sementara Ole Gunnar Solskjaer sejak 19 Disember lalu berjaya meletakkannya sebagai penyerang berbakat paling terbaik Eropah dengan 10 gol dan dipanggil ke skuad kebangsaan.
Ejen pemain itu Philippe Lamboley melontarkan keraguan terhadap proses rundingannya bersama Manchester United.
“Ada beberapa tawaran dari luar seperti yang dijangkakan,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Pembangunan Korporat Man United, Matt Judge bekerja keras untuk memastikan rundingan mencapai kata sepakat yang berhasil untuk kedua dua pihak.
Manakala kontrak Juan Mata dan Asley Young turut disambung selama setahun di Old Trafford namun mereka belum mengesahkannya.
Manakala Hender Herrera, 29, masih terlibat dengan rundingan bersama kelab dengan impian menamatkan kariernya bersama Man United.
Man United kini mengutamakan fokus untuk memuktamadkan kontrak baharu bersama de Gea bila bila masa lagi dari sekarang.
Man United kini mempertimbangkan peluang untuk menawarkan de Gea gaji 300,000 pound seminggu yang akan menyaksikan penjaga gol Sepanyol itu penjaga gol yang menerima gaji tertinggi di dunia.
Woodward juga terlibat dalam tugas pelantikan pengurus tetap dan pengarah bola sepak kali pertama dalam sejarah kelab itu.
Solskjaer dengan rekod pencapaian menarik dalam sembilan perlawanan setakat ini disenarai pendek sebagai calon paling layak untuk diangkat sebagai pengurus tetap, selain Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino.- MalaysiaGazette