KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad dan anak-anak syarikatnya akan ditutup esok sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Operasinya akan dibuka semula pada hari Isnin.
Dalam satu kenyataan, Bursa memberitahu, dagangannya pada 4 Januari hanya pada sesi pagi sahaja. Tiada dagangan pada waktu petang.
Bagaimanapun, perkhidmatan Penjelasan dan Penyelesaian (clearing and settlement) yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing; perkhidmatan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository.
Operasi pejabat Bursa Malaysia serta Penjelasan dan Penyelesaian Bursa Malaysia Derivatives Berhad adalah seperti biasa pada hari Isnin.
Bursa juga akan ditutup pada hari Selasa dan Rabu sempena cuti Tahun Baru Cina.
Ia dibuka semula pada 7 Februari. – MalaysiaGazette