Home Dunia Durian J-Queen RM4,000 sebiji

Durian J-Queen RM4,000 sebiji

Antara pengunjung yang ber'selfie' dengan J-Queen. foto Agensi

JAKARTA – Sebuah pasar raya di bandar raya ini menjual durian jenis luar biasa pada harga 14 juta rupiah (kira-kira RM4,083) setiap satu.

Pasar raya di Tasikmalaya berjaya menjual dua biji buah durian yang dinamakan J-Queen, selepas sehari dijual, menurut laporan Kompas.com.

Harga raja buah itu menjadi buah mulut di Tasikmalaya hingga ada yang datang ke pasar raya berkenaan untuk selfie.

“Lebih baik saya beli sebuah motosikal yang boleh digunakan untuk 10 tahun,” kata pengguna Twitter, R. Balqis.

Rasa durian itu didakwa unik kerana ia dihasilkan daripada penyebaran silang dua jenis durian unggul di Indonesia.

“Saya satu-satunya yang memiliki pokoknya dan anak pokok itu tidak dijual,” kata Aka.

Dia juga mendakwa J-Queen hanya boleh dituai setiap tiga tahun, dengan setiap pokok hanya mempunyai 20 buah biji durian.

Bagaimanapun, petani durian, Amrozi yang berasal dari Kendal pula tidak pernah mendengar tentang J-Queen.

“Durian yang paling mahal ialah Kumbokarno yang dijual antara 15,000 hingga 200,000 (RM4.40 hingga RM58.50).

“Kami memiliki (durian) Kumbokarno dan ia adalah jarang ditemui dan terbaik,” katanya. – MalaysiaGazette