Home Ekonomi Ringgit tinggi

Ringgit tinggi

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan minat belian disebabkan mata wang Amerika Syarikat itu terus lemah susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.0880/0930 berbanding 4.1050/1100 semasa ditutup semalam.

Di sebalik keputusan oleh Fed untuk mengekalkan kadar tidak berubah seperti yang dijangka, ia kelihatan lebih memihak kepada kadar faedah rendah daripada apa yang dicari oleh peserta pasaran, sekali gus menjadikan dolar US berisiko, kata peniaga.

“Bagaimanapun, kemerosotan dolar US telah dihadkan oleh harga ekuiti yang lebih tinggi di Wall Street,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0342/0391 daripada 3.0385/0433 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7501/7557 daripada 3.7530/7586.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.3594/3680 daripada 5.3804/3886, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.6971/7045 daripada 4.6920/6998. – MalaysiaGazette

+ posts