Baginda Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddun Al Mustafa Billah Shah tiba kira kira pukul 10 pagi di Dataran Parlimen Kuala Lumpur dan menyempurnakan pemeriksaan kawalan kehortamatan Utama sebelum Baginda menghadiri mesyuarat Majlis Raja Raja ke 252 di Istana Negara.
Tembakan Meriam Kehormatan sebanyak 21 das dilakukan Angkatan Tentera Malaysia seiring pemeriksaan kawalan kehormatan utama baginda diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Baginda Sultan Abdullah yang memakai persalinan berwarna firus seterusnya berangkat ke Istana Negara bagi menyempurnakan Istiadat Melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan serta pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong ke 16.