Home Dunia Pemuda mengamuk didesak supaya berkahwin

Pemuda mengamuk didesak supaya berkahwin

Tidak tahan didesak untuk mencari pasangan hidup, lelaki ini mengamuk dengan merosakkan bar miliknya dan kemudahan awam.
Tidak tahan didesak untuk mencari pasangan hidup, lelaki ini mengamuk dengan merosakkan bar miliknya dan kemudahan awam.

HANGZHOU – Seorang pemilik bar bertindak merosakkan kedai dan kemudahan awam yang lain ketika mabuk selepas dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya.

Polis dari cawangan Pengbu, Hangzhou telah menahan lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai nama keluarga Lui selepas menerima laporan mengenai kejadian vandalisme sekitar bandar berkenaan.

Pegawai-pegawai polis menemui Liu dalam keadaan tangan berdarah di sebuah tandas awam.

Dia dikenakan denda sebanyak 10,000 yuan (AS$1,486). Perniagaan bar yang dimiliki Liu sejak enam bulan lalu tidak mempamerkan prestasi yang baik meskipun ketika musim cuti.

Dia bukanlah satu-satunya lelaki di China yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan jodoh akibat dasar satu anak oleh negara tersebut serta pengguguran janin perempuan yang menyebabkan jurang perbezaan jantina sangat besar.

Menurut Bank Dunia, pada 2017, terdapat 42 juta lelaki melebihi wanita di negara tersebut sekali gus menjadikan proses mencari isteri amat sukar.

Mas kahwin pula semakin melambung menyebabkan lelaki berpendapatan rendah sukar untuk mencari pasangan.

Desakan untuk berkahwin oleh ibu bapa semakin meningkat menjelang perayaan Tahun Baru Cina kerana kebanyakan orang tua mengharapkan anak-anak mereka pulang bersama pasangan untuk meraikan perayaan tersebut.-Agensi