KUALA LUMPUR 2 Feb. – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim membidas tindakan beberapa penyokong parti itu yang membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penganjuran program ‘Selfie Bersama DSN’ dibidas.
Rais dalam kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya berkata, laporan polis itu tidak perlu dibuat kerana Najib hanya meluangkan masa di Pulau Langkawi.
“Yang benar tetap benar. Yang hakiki tetap hakiki. Tidak perlu buat laporan polis semata-mata Najib jalan-jalan di Pulau Langkawi, mengambil gambar swafoto atau melepak dengan kenalannya.
“Tunggu saja kes beliau diputuskan di mahkamah,” tulisnya.
Semalam, netizen di media sosial mengkritik laporan polis yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Pekan itu melawat Pulau Langkawi sehingga Rabu ini. – MalaysiaGazette