Home Dunia Angelina Jolie lawat Cox’s Bazar

Angelina Jolie lawat Cox’s Bazar

COX’S BAZAR – Populariti diri sebagai selebiriti tidak pernah menghalang bintang terkenal dunia, Angelina Jolie dalam misi kemanusian apabila hari ini membuat lawatan ke kem pelarian Rohingnya, Cox Bazar di Bangladesh.

Agensi melaporkan, pelakon wanita itu membuat lawatan berkenaan selepas rayuannya kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan dana lebih sejuta dollar bagi menampung keperluan kem pelarian itu.

Jolie yang juga merupakan wakil khas serta jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah membuat lawatan ke kem di Teknaf berhampiran sempadan Myanmar.

Jolie menggunakan peluang tersebut untuk berinteraksi serta bercakap dengan sebahagian daripada 720,000 pelarian Islam yang melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar pada Ogos 2017 bagi memahami sendiri keperitan dilalui oleh golongan ini.

Walaupun diasak media, Jolie tidak membuat sebarang kenyataan berhubung pertemuan namun dipercayai akan ada lebih banyak lawatan kem pelarian lain esok.

Jolie yang terkenal dengan filem aksi lasak dijangka akan berada di Bangladesh bagi melakukan kajian mengenai keperluan lebih sejuta pelarian khasnya di seluruh Cox’s Bazar sebelum kembali ke negaranya.

Ini bukan sesuatu yang baharu kepada Jolie sebaliknya sebelum ini, pada tahun 2015 dan tahun 2016, beliau telah bertemu dengan penduduk Islam di India dan Myanmar yang rata-ratanya kehilangan rumah dan kehidupan berikutan konflik serta bencana alam.

Lebih 730,000 pelarian Rohingnya tiba dari Myanmar selepas Ogos 2017 sehingga menyebabkan kerajaan Bangladesh kini menghadapi masalah untuk menampung jumlah begitu ramai pelarian.

Setakat ini, laporan menyatakan lebih 620,000 tinggal dalam kem Kutupalong, penempatan pelarian terbesar dunia. — MalaysiaGazette