PARIS – Lapan maut selepas sebuah bangunan kediaman lapan tingkat sini terbakar.
Kebakaran itu turut mencederakan hampir 30 orang mangsa termasuk seorang dalam keadaan kritikal.
Enam orang anggota bomba juga dilaporkan cedera.
Setakat ini, kerja-kerja menyelamat masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.
Punca kebakaran belum diketahui tetapi polis sudah menahan seorang suspek wanita.
Kebakaran dikatakan merebak di dua tingkat atas bangunan yang dibangunkan pada tahun 1970an menyebabkan penduduk terpaksa bergegas ke bumbung untuk menyelamatkan diri daripada terhidu asap.
Kira-kira 200 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian di Jalan Erlanger, membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap di atas bumbung.
Kira-kira 30 orang telah dipindahkan dengan tangga.
“Ketika kami tiba, kami berdepan dengan keadaan kelam-kabut apabila penduduk meminta bantuan daripada tingkap,” kata bomba.
Penduduk yang tinggal di bangunan mewah di kawasan sekitar, tidak jauh dari Menara Eiffel juga telah diminta berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. – MalaysiaGazette