Home Dunia Pelabur hilang AS$190j selepas pengasas mata wang kripto mati

Pelabur hilang AS$190j selepas pengasas mata wang kripto mati

Gambar hiasan

HALIFAX – Kira-kira AS$190 juta mata wang kripto tidak dapat digunakan apabila pengasas matawang tersebut meninggal dunia.

Pelabur-pelabur dalam QuadrigaCX, syarikat mata wang kripto terbesar Kanada tidak dapat mengakses dana mereka sejak pengasas, Gerald Cotton meninggal dunia Disember lepas.

Menurut kenyataan yang difailkan di mahkamah, balu Cotton, Jennifer Robertson berkata, syarikat tersebut berhutang kira-kira C$250 juta (AS$190 juta) kepada pelabur dalam bentuk tunai dan mata wang kripto selepas suaminya meninggal dunia.

“Inventori mata wang kripto Quadriga tidak dapat dilihat dan mungkin juga sudah hilang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Cotten, 30, meninggal dunia Disember lalu akibat komplikasi penyakit Crohn.

Mendiang berada di India bagi membuka sebuah rumah perlindungan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan.

Susulan berita tersebut, Canadian Imperial Bank of Commerce (CIBC) bertindak membekukan aset-aset yang dipegang oleh Quadiga bernilai AS$28 juta selepas bank tersebut tidak dapat mengenal pasti pemilik sebenar dana berkenaan.

Robertson tidak terlibat di dalam perniagaan berkenaan bagaimanapun beliau menerima ancaman dan komen-komen fitnah selepas kematian Cotten.-MalaysiaGazette