KUALA LUMPUR – Dengan fitnah dilakukan oleh Pakatan Harapan, Datuk Seri Najib Razak berkata dirinya kelihatan seperti pembunuh bersiri.
Beberapa individu yang mati termasuklah model Mongolia, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais akibat dibunuh yang cuba dikaitkan kepada dirinya demi membibitkan kebencian, kata bekas Perdana Menteri itu.
“(Ada orang beritahu saya) bahawa dulu mereka percaya saya bunuh Altantuya (Shaariibuu).
“Saya sudah bersumpah dalam masjid, saya tak kenal sama sekali dengan perempuan Altantuya tu, tak kenal dan tak pernah jumpa.
“Ada Kevin Moris saya pun bunuh, P Balasubramaniam pun saya bunuh, Maknanya saya ni seriel killerlah (pembunuh bersiri) semua orang yang mati saya jadi pembunuh,” katanya semasa berada di Langkawi menerusi video yang dimuatnaik di akaun Facebooknya.
Tidak cukup menabur fitnah terhadap dirinya sehingga Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya yang lalu, Najib menegaskan bahawa parti itu juga memainkan permainan yang disifatkan sebagai dasyat apabila menabur janji-janji palsu.
“Inilah dahsyatnya perang fitnah yang mereka (PH) lancarkan sebabkan tertumbangnya Barisan Nasional (BN) PRU-14
“Kerana fitnah dan janji-janji manis tetapi palsu,” ujarnya lagi.-MalaysiaGazette