LONDON – Menteri Kabinet United kingdom (UK) mengadakan perbincangan secara rahsia untuk melewatkan Brexit selama lapan minggu, lapor akhbar Telegraph.
Kelewatan itu akan menangguhkan Brexit kepada 24 Mei. Britain dijadual meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac ini.
Para menteri berharap EU akan bersetuju dengan ‘tempoh penangguhan’ selama dua bulan selepas 29 Mac jika perjanjian Perdana Menteri, Theresa May dipersetujui parlimen untuk menyediakan masa tambahan kepada perundangan berkaitan, kata laporan itu.
May mungkin ke Brussels esok bagi memaklumkan kepada pemimpin EU bahawa mereka perlu menerima perubahan perundangan terhadap pengaturan sempadan Ireland berikutan pemisahan Britain atau berhadapan prospek tiada perjanjian penolakan Brexit secara teratur.
London dan Brussels bertelingkah sama ada perjanjian Brext yang dicapai pada November lalu boleh diubah, meningkatkan kemungkinan kelewatan Brexit, dengan perjanjian pada saat akhir atau tiada jalan untuk berpisah. – Agensi