KUALA LUMPUR – Permintaan minyak dijangka mencapai kemuncak dan kemudian menyusut menjelang tahun 2030.
Untuk dekad yang akan datang atau seterusnya, permintaan minyak sepatutnya terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
Portal OilPrice.com yang memetik nota penyelidakan Bank of America Merrill Lynch berkata, peningkatan tahunan dalam penggunaan minyak global perlahan secara dramatik pada tahun-tahun mendatang.
Menjelang 2024, pertumbuhan permintaan dijangka jatuh kepada hanya 0.6 juta tong sehari, susut daripada 1.2 juta tong sehari pada tahun ini.
Tetapi menjelang tahun 2030, pertumbuhan permintaan sifar apabila penggunaan mencecah puncak kekal, sebelum jatuh pada kadar yang agak cepat selepas itu.
Pemacu utama yang menyaksikan penurunan permintaan minyak adalah penambahan bilangan kenderaan elektrik (EV)
Namun, Bank of America menawarkan beberapa peringatan dan ketidakpastian.
Menurutnya, pertumbuhan EV bergantung pada segelintir logam utama. Sebagai contoh, litium adalah bijih besi dan dihasilkan dalam kepekatan yang besar di beberapa negara Amerika Latin.
Tetapi kobalt memberi kebimbangan kepada pembuat kereta kerana secara kasar 62 peratus pengeluaran kobalt global ditemui di Republik Demokratik Kongo.
Seorang eksekutif dari Ford baru-baru ini berkata, pembuat kereta mungkin terpaksa melabur secara langsung dalam pengeluaran kobalt untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi.
“Saya menjangkakan industri akan berdepan dengan tekanan terhadap pengeluaran kobalt itu,” kata Ted Miller, Ketua Strategi Penyimpanan Tenaga dan Penyelidikan di Ford.
Bank of America Merrill Lynch pula berkata, pemacu utama perubahan struktur dalam permintaan minyak perubahan untuk tempoh lima tahun ke depan ialah kenderaan elektrik
Katanya, menjelang tahun 2020, EV akan menguasai 5 peratus daripada jualan kenderaan global, kemudian melonjak kepada 40 peratus menjelang 2030, sebelum meningkat kepada 95 peratus pada tahun 2050.
“Kesemua ini menunjukkan puncak permintaan minyak pada 2030, lebih kurang satu dekad dari sekarang. Kita kini berada di tengah-tengah “perubahan struktur terbesar dalam pertumbuhan permintaan sejak perkembangan kereta bermula pada awal tahun 1900-an,” kata bank itu lagi. – MalaysiaGazette