KUALA LUMPUR – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang didakwa mengaku Pas menerima wang daripada UMNO mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menegaskan parti itu tidak tertekan dengan siastaan yang akan dilakukan oleh agensi berkenaan.
“PAS tertekan? Tidak. Selamat datang SPRM,” kata beliau menerusi Twitter.
Bahkan beliau mendakwa, semua pihak tahu apabila semakin Pas berkuasa maka semakin berkuasalah SPRM.
Beberapa hari lalu tular satu audio rakaman suara kononnya Nik Mohamad Abduh mengakui Pas menerima wang daripada UMNO.
Dalam satu rakaman audio selama 59 saat itu, beliau mengaku mengambil duit UMNO atas kerjasama ‘menjatuhkan’ DAP.
Bagaimanapun kesahihan suara itu milik Nik Abduh belum dikenalpasti. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: Kes RM90 juta: SPRM akan panggil beberapa individu