Home Akhbar Cina Saya tidak berasa tertekan, kata Duta Khas ke China

Saya tidak berasa tertekan, kata Duta Khas ke China

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Mohamed Nazri sememangnya gemar mengeluarkan kenyataan yang gempak, tetapi tidak praktikal, malahan bersifat
Duta Khas ke China, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan tugas yang diberikan kepadanya walaupun hubungan diplomatik Malaysia dengan China dikatakan dibelenggu beberapa isu.

KUALA LUMPUR – Duta Khas ke China, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan tugas yang diberikan kepadanya walaupun hubungan diplomatik Malaysia dengan China dikatakan dibelenggu beberapa isu.

Kok Wai sebaliknya berasa lega atas kesayangan pelancong dan pelabur China terhadap Malaysia.

Beliau berkata, isu ‘projek’ yang sedang berlaku tidak menambah tekanan kepadanya atau memberi cabaran kepada hubungan Malaysia-China.

“Saya menerima layanan taraf tinggi dan penuh mesra setiap kali mengadakan lawatan ke China,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Beliau juga menegaskan bahawa Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek paip gas asli belum dibatalkan, tetapi kerajaan perlu menilai semula projek-projek yang membebankan.

Kok Wai berkata, hubungan bilateral Kuala Lumpur dengan Beijing masih intim, dan beliau percaya isu-isu yang berlaku dapat diselesaikan melalui kebijaksanaan pemimpin kedua-dua negara.

Katanya, pihak Beijing memahami bahawa Malaysia bukan sengaja ‘mencari pasal’ dengan China, tetapi keputusan Kuala Lumpur adalah didorong keadaan yang tidak dapat dielakkan.

“Isu yang berlaku adalah bersifat sementara tetapi ia dikeruhkan oleh ulasan warganet,” katanya.