Perbuatan Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya yang dikatakan menipu kelayakan akademiknya dianggap satu perkara memalukan jika dakwaan itu benar.
Malah, ia juga tidak wajar berlaku terhadap seorang yang bergelar senator, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamah Hassan.
Beliau berkata, perkara itu diserah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kerajaan untuk tindakan kerana Marzuki merupakan salah seorang anggota Kabinet.
“Kalau benar saya pun turut berasa malu,” katanya ketika diminta mengulas isu tersebut pada sidang media selepas program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.