Home Nasional Saya bukan suruh Marzuki berhenti

Saya bukan suruh Marzuki berhenti

Muhsin Abdul Latheef,

KUALA LUMPUR – ” Saya tidak meminta beliau meletak jawatan,” kata Muhsin Abdul Latheef.

Beliau adalah individu yang membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berhubung keraguan kelayakan ijazahnya yang didakwa dari University of Cambridge.

Muhsin, 34, yang memiliki media sosial dengan menggunakan nama ‘Mamu Parpu” berkata, dia tidak tahu mengenai keraguan mengenai ijazah milik timbalan menteri itu meskipun ia telah didedahkan semasa Marzuki mengangkat sumpah pada Julai tahun lalu.

“Beberapa kawan saya di Pulau Pinang yang tahu Marzuki memberitahu beliau tidak pernah meninggalkan negara sebelum ini dan baru-baru ini sahaja mereka teringat mengenai ‘ijazah Cambridge’.

“Mereka meminta saya untuk mendedahkan bagaimana beliau boleh mendapat ijazah apabila dia tidak pernah meninggalkan negara ini,” kata Muhsin.

Beliau berkata demikian kepada The Star bagi menjelaskan alasannya membuat laporan polis terhadap Marzuki.

Muhsin berkata, beliau bukan penyokong kepada mana-mana parti politik.

Sebaliknya, dia membuat laporan polis pada 4 Februari lalu supaya Dr Mahathir menimbang semula kedudukan Marzuki sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri ketika beliau mewakili Malaysia di luar negara.

Tambah Muhsin, beliau telah dinasihatkan oleh peguam-peguamnya untuk tidak mendedahkan laporan polis yang telah dibuatnya. – MalaysiaGazette