Home Uncategorized Wanita epilepsi maut dimakan sekumpulan babi

Wanita epilepsi maut dimakan sekumpulan babi

IZHEVSK – Seorang wanita ‘dimakan hidup-hidup’ oleh sekumpulan babi lapar selepas dia terjatuh dalam kandang haiwan tersebut.

Mangsa, 56, yang tidak disebut nama dikatakan sedang memberi makan kepada sekumpulan haiwan itu tetapi pengsan selepas diserang penyakit epilepsi.

“Babi-babi itu menyerang mangsa. Muka, telinga dan bahu mangsa ‘habis dimakan’,” menurut laporan polis.

Wanita yang berasal dari wilayah Udmurtia di Rusia, meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Kehilangan mangsa disedari oleh suaminya yang tersedar dari tidur, lalu mencarinya.

Suami wanita itu menemui sebahagian badan mangsa di dalam kandang.

Kes itu masih disiasat polis. – MalaysiaGazette