PARIS – Seorang wanita tempatan yang dipercayai mengalami masalah psikiatri dan tekanan perasaan bertindak melakukan kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri mewah sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 awam maut.
Agensi melaporkan, wanita tersebut yang baru sahaja dipercayai keluar dari wad psikiatri itu memulakan kebakaran itu dianggap antara paling terburuk dalam sejarah Paris sejak tahun 2005.
Pasukan pendakwa raya Paris yang diketua oleh Remy Heitz, berkata polis menganggap kebakaran itu adalah perbuatan khianat.
Kata Heitz, suspek yang ditempatkan di kemudahan psikiatri milik polis sejak ditahan, didakwa atas tuduhan melakukan kebakaran yang mengakibatkan kematian.
Dalam kebakaran bermula jam 3.30 pagi waktu tempatan itu, bomba mengesahkan 10 terbunuh, seorang cedera parah dan 27 lagi, termasuk tiga anggota bomba cedera ringan.
Kira-kira 200 anggota bomba di kerah bagi memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang berlari naik ke atas bumbung ketika itu.
Bangunan itu terletak di kawasan tumpuan pelancong dengan bangunan tarikan utama, termasuk Trocadero yang menghadap Menara Eiffel, Stadium Saint-Germain serta pusat beli-belah.
Sementara itu, suspek berusia dalam lingkungan 40-an, yang turut tinggal di bangunan berkenaan sudah banyak kali menjalani rawatan di kemudahan psikiatri di Paris, sejak beberapa tahun lalu.
Bangunan yang dibina pada 1970 itu mula terbakar pada bahagian atas sebelum api merebak. –MalaysiaGazette