Home Sukan 2 penyokong Southampton ditahan ejek kematian Sala

2 penyokong Southampton ditahan ejek kematian Sala

SOUTHAMPTON –  Dua penyokong Southampton berdepan tindakan pengharaman oleh kelab itu selepas mereka mengejek penyokong Cardiff City dengan membuat isyarat kapal terbang yang merujuk kepada kemalangan membabitkan Emiliano Sala dirakam pada perlawanan antara kedua-dua kelab malam tadi.

Kedua-dua penyokong itu dilihat mendepa tangan mereka ke arah penyokong pasukan pelawat semasa perlawanan antara kedua-dia pasukan di Stadium St Mary yang berkesudahan Cardiff City menang 2-1.

Kedua-dua penyokong itu dilihat bercakap dengan para pegawai dan polis, menurut BBC.

Southampton juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk tindakan penyokong kelab itu.

“Kelakuan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam perlawanan dan tidak akan diterima di St Mary.

“Southampton Football Club boleh mnegesahkan bahawa dua penyokopng telah ditahan dan maklumat mereka diambil polis semasa perlawanan dengan Cardiff City pada Sabtu.

“Kelab ini akan terus bekerjasama dengan polis Hampshire untuk mengenalpasti sebarang individu yang membuat isyarat tidak senonoh terhadap penyokong Cardiff.

“Kelab ini akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat dan bercadang untuk mengharamkan penyokong yang dikenalpasti.

Mayat pemain Argentina, Sala yang berusia 28 tahun dikenalpasti selepas bangkai pesawat yang dinaikinya ditemui di Selat Inggeris.

Pesawat yang dinaiki Sala hilang pada 21 Januari lalu ketika pemain yang menyertai Cardiff City itu dalam perjalanan dari Perancis ke Wales bersama juruterbang, Dave Ibbotson yang mana mayatnya masih belum ditemui.

Pada perlawanan semalam, para penyokong bertakafur selama seminit bagi menghormati pemergian Sala, dan pengurus Cardiff, Neil Warnock mendedikasikan kemenangan yang dicatat dalam masa kjecederaan itu kepada pemain tersebut. – Agensi