
LONDON – Penyerang sensasi Juventus, Christiano Ronaldo kini berdepan dugaan besar dalam hidup apabila ibunya Dolores disahkan sedang bertarung dengan kanser payu dara.
Mirror.co. melaporkan, Dolores sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan kanser di bahagian payu daranya pada 2007.
Namun ketika ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen di Itali, wanita berusia 64 tahun itu mendedahkan dia masih bertarung melawan penyakitnya itu walaupun pembedahan tersebut berjaya.
Dolares kini berada di Itali bagi untuk meraikan anak kesayangannya itu yang menyambut hari jadi Ronaldo ke-34 baru-baru ini.
Ronaldo selama ini sering memberi bantuan dana kepada pusat-pusat kanser di merata tempat.
Doloroes berkata, keluarga akan terus melakukannya apa sahaja untuk melawan penyakit yang ditakuti kaum wanita itu.