Home Utama PKR Sarawak nasihat tidak tular spekulasi rakyat ditahan di Kemboja

PKR Sarawak nasihat tidak tular spekulasi rakyat ditahan di Kemboja

PKR Sarawak menasihati masyarakat agar tidak menularkan spekulasi tidak benar tentang 47 rakyat Malaysia yang kini ditahan di Kemboja yang dikhuatiri boleh menjejaskan proses membawa mereka pulang.
PKR Sarawak menasihati masyarakat agar tidak menularkan spekulasi tidak benar tentang 47 rakyat Malaysia yang kini ditahan di Kemboja yang dikhuatiri boleh menjejaskan proses membawa mereka pulang.
KUCHING – PKR Sarawak menasihati masyarakat agar tidak menularkan spekulasi tidak benar tentang 47 rakyat Malaysia yang kini ditahan di Kemboja yang dikhuatiri boleh menjejaskan proses membawa mereka pulang.

Sebaliknya kata Penasihat PKR Sarawak Datuk Seri Hafsah Harun, rakyat perlu memberi sokongan moral kepada keluarga yang terbabit.

“Matlamat utama kita adalah untuk memastikan kesemua 47 tahanan dapat kembali ke tanah air dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan di antara anggota keluarga yang berkenaan dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Diharapkan langkah serupa turut diambil oleh pimpinan kerajaan negeri dan pusat bagi mengurangkan kerisauan dan kebimbangan anggota mereka yang terlibat, katanya.

Khamis lalu, Wisma Putra mengesahkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Dis lalu namun hanya dimaklumkan secara lisan oleh polis Bantey Meanchey pada 28 Dis.

Menurut kenyataan itu, mereka ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Terdahulu pada hari berkenaan, Anggota Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien mendedahkan tentang kes tersebut yang dipercayai sebagai mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Daripada 47 individu terbabit yang kebanyakannya lelaki, 44 berasal dari Sarawak manakala baki dari Semenanjung.

— BERNAMA