Home Utama Posting saya berfakta, kalau kata saya comedian tak benarlah – Najib

Posting saya berfakta, kalau kata saya comedian tak benarlah – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Parti IPF, Datuk M. Sambanthan (kiri) bertanyakan khabar kepada seorang pengundi India, T. Tholokannu (kanan) yang hilang kaki kanannya akibat penyakit kencing manis sambil diperhatikan isteri, M. Danaletchumy (dua kanan) dan anaknya, T. Gunasunthary (kanan) sebelum menghadiri Majlis Pesta Ponggal bersama Masyarakat India di DUN Semenyih anjuran IPF Bahagian Hulu Langat di Taman Bangi Jaya, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2019.

SEMENYIH – “Kalau dia nak kata saya jadi ‘comedian’, itu tidak benarlah’, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengucapkan semoga berjaya kepada Najib untuk menjadi pelawak.

Amirudin Shari berkata demikian ketika mengulas populariti bekas Perdana Menteri itu yang semakin meningkat apabila sering menyindir Pakatan Harapan dengan sindiran.

Najib menegaskan, walaupun digelar demikian, segala posting yang dimuat naik menerusi media sosial adalah berfakta dan benar.

“Rakyat boleh menilaiĀ posting saya yang banyak mengandungi perkara fakta dan kebenaran…saya tidak buat fitnah dan mengutuk, tetapi perli itu adalah sikit-sikit..itu adat

“Jadi banyak orang melihat itu sebagai satu sumber maklumat sebenarnya. kalau dia (Amirudin Shari) nak kata saya jadi ‘comedian’ itu tidak benarlah.

“Kalau tengok pada komen-komen seorang dua itu adatlah bukan semua sokong kita, tapi majoriti besar memberi komen yang positif kepada ‘posting’ yang saya lakukan,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas Perayaan Ponggal bersama Masyarakat India Hulu Langat anjuran IPF di sini.

MGF10022019_NAJIB PONGGAL SEMENYIH12
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Majlis Pesta Ponggal bersama Masyarakat India di DUN Semenyih anjuran IPF Bahagian Hulu Langat di Taman Bangi Jaya, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2019.

Ditanya sebab trolling mendapat sambutan besar rakyat berbanding posting biasa dalam media sosial beliau, Najib berkata, ia sebenarnya budaya rakyat Malaysia.

“Mereka suka trolling, dan suka sedikit sarkastik dan humor dalam posting… mereka lebih repons lebih baik.

“Tapi saya campurkan dengan fakta serius data seperti defisit meningkat yang saya kongsi hari ini dengan sarkastik…itulah politik tapi tidak ada fitnah,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Daripada perdana menteri kepada pelawak, semoga berjaya Najib

3 Komen

  1. Teruskan troll kamu Najib, selagi mampu. Tapi bila masa nya tiba, jgn hilang minat itu utk menghiburkan sesama banduan2 yg ada si penjara kelak.

    Apa yg Kita havest dlm kehidupan, itu yg Kita dapat.

Comments are closed.