LONDON – Maurizio Sarri mengakui dirinya kini berada dalam masalah besar selepas dimalukan Manchester City 0-6 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad awal pagi tadi.
Sarri tidak berjabat tangan dengan pengurus City, Pep Guardiola selepas wisel penamat ditiupkan.
Dia menerima hakikat bahawa dirinya berada pada kedudukan tidak selamat di Stamford Bridge ekoran kekalahan besar itu.
“Benar.. saya bertanggungjawab atas pasukan ini dan tugas saya kini dalam risiko.
“Buat masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut..kami berdepan masalah. saya tidak dapat memahaminya dan risau tentang pasukan dan prestasi mereka,” kata Sarri.
Dalam pada itu Pep Guardiola mengakui pasukannya mara dengan sembilan mata dalam tiga aksi besar bersama Arsenal, Everton dan Chelsea.
Bagaimanapun dia bersetuju bahawa Manchester United penentu gelaran EPL Man City apabila akan berdepan Liverpool di Old Trafford pada 24 Februari ini.
“Kami berada di puncak liga tetap kami perlu menunggu dan melihat apabila Liverpool bertandang ke Old Trafford.
“Kami perlu harungi setiap perlawanan dengan berbaki 11 perlawanan lagi sehingga mempertahankan gelaran,” tegasnya lagi. – Agensi