KUALA LUMPUR- Malaysia akan menerbitkan bon Samurai bernilai 200 bilion bulan depan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Saya baru sahaja pulang dari Jepun untuk memuktamadkan penerbitan bon berkenaan.
“Kadar kuponnya mungkin tidak melebihi 0.65 peratus,” katanya ketika melancarkan The Exchange TRX di sini hari ini.
Mahathir pada tahun lalu berkata, tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan.
Katanya, bon termurah dengan kadar faedah hanya 0.65 peratus adalah lebih baik berbanding hutang lama yang terpaksa ditanggung dengan faedah sehingga tujuh peratus. – MalaysiaGazette