Home Ekonomi Harga minyak global naik

Harga minyak global naik

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, kenaikan harga minyak dunia daripada AS$52 kepada AS$71 setong yang didorong oleh keadaan di Korea Utara dan Iran merupakan sesuatu yang menguntungkan Malaysia.

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini ekoran pengurangan bekalan oleh OPEC dan sekatan minyak ke atas Iran dan Venezuela meskipun Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) diniaga pada harga AS$52.50 setong pada 0102 GMT, naik AS$0.09 berbanding harga penutup.

Manakala Brent pula dijual pada harga AS$61.69 setong, bertambah AS$0.18.

Para penganalisis memberi amaran bahawa pasaran semakin ketat. – MalaysiaGazette