Home Nasional Kunjungan KPN ke Turki kerana tugas – Muhyiddin

Kunjungan KPN ke Turki kerana tugas – Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) diiringi Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) beramah mesra dengan pegawai penjara semasa hadir pada lawatan kerja di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 12 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Kunjungan Ketua Polis Negara ke dan pegawainya ke Turki baru-baru ini adalah kerana tugasan dan telah mendapat kebenaran.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemergian mereka telah ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia yang juga merupakan syarikat di baawah Kementerian Kewangan.

“Mana-mana pegawai serta anggota atau pasukan daripada Polis Diraja Malaysia yang hendak pergi ke mana-mana perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

“Ini bukan pertama kali dan saya telah luluskan, macam juga lawatan ke tempat lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai kunjungan Fuzi dan beberapa pegawai PDRM yang dikatakan menginap di Hotel Sura Hagia Sophia bertaraf empat bintang di Sultanahmet di Istanbul.

Perkara itu didedahkan portal Sarawak Report yang turut menjelaskan sewa bagi hujung minggu di hotel berkenaan dianggarkan berharga RM685 untuk satu malam.

Malah, kos keseluruhan penerbangan pergi balik mereka juga didakwa dianggarkan lebih RM250,000.

Dalamn pada itu, Muhyiddin berkata, kunjungan mereka sebagai penfdedahan kepada pegawai PDRM dalam mempelajari cara bagaimana inisiatif dan kaedah dalam usaha membanteras judi haram dari negara lain.

Ujarnya, isu judi dalam talian merupakan isu besar dan taklimat dari negara lain adalah penting untuk perkongsian maklumat. – MalaysiaGazette