LONDON – Jose Mourinho yang dipecat oleh Manchester United pada Disember tahun lalu kini bakal mendapat kerja baharu.
The Guardian melaporkan, pengurus kelahiran Portugal itu bagaimana pun tidak lagi memilih sebagai jurulatih pasukan.
Mourinho dilapor akan mengacarakan sebuah rancangan sendiri di Stesen Televisyen Rusia (RT).
Menerusi program tersebut, Mourinho akan menganalisis perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara.
Sebelum ini Mourinho pernah bertugas sebagai pemerhati dan pengkritik tetap di stesen sama semasa temasya Piala Dunia diadakan di Rusia tahun lalu.
Disember lalu, setelah dua tahun berkhidmat di Old Trafford, bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu dipecat apabila prestasi kurang memuaskan dipamerkan skuadnya menyaksikan United ketinggalan lapan mata dengan kelab di kedudukan lima. – MalaysiaGazette