NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hotel di tengah Delhi pagi ini.
Anggota pegawai bomba dan polis mengeluarkan kira-kira 50 orang dari hotel itu dalam operasi menyelamat yang berlangsung selama empat jam, lapor Times of India.
Kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan.
Angka kematian diperoleh menerusi sumber Hospital RML. Bilangan korban rasmi masih belum diperoleh.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Hotel Arpit pada pukul 4.35 pagi waktu tempatan.
Sebanyak 22 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.30 pagi. – Agensi