PUTRAJAYA – Persefahaman dengan Parti Warisan mengenai isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masuk ke Sabah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah untuk melebarkan sayap parti yang dinaunginya terpulang kepada kepimpinan parti itu untuk membuat keputusan.
“Kami tidak tertakluk kepada pendapat sesiapa kecuali penilaian kami sama ada untuk pergi atau tidak?
“Kita akan membincangkan dalam parti sama ada kita mengikuti (Datuk Seri) Shafie Apdal atau (Tan Sri) Shafee Abdullah,” selorohnya merujuk kepada peguam kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahatir berkata demikian sebagai memberikan reaksi berhubung Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie menegaskan, Bersatu tidak perlu melebarkan sayap parti itu ke Sabah baru-baru ini.
Pegerusi Pakatan Harapan dan PPBM itu berkata, Shafie berhak memberikan pendapatnya berhubung perkara itu namun keputusan sepenuhnya dibuat oleh Bersatu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Warisan mahu Bersatu hormati persetujuan tidak lebar sayap ke Sabah – Shafie