KUALA LUMPUR – RAM Holdings Bhd melantik Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang tamat perkhidmatannya pada 31 Jan, 2019.
Agensi penarafan itu berkata, Amirsham telah berkhidmat dalam lembaga itu sebagai pengarah bebas sejak 2013.
“Lembaga Pengarah RAM yakin dengan rekod pencapaian Amirsham yang terbukti selain berpengalaman luas dalam pelbagai sektor akan memacu RAM ke arah hala tuju yang tepat untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya,” menurut RAM Holdings dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette