KUALA LUMPUR – Ekonomi negara berkembang 4.7 peratus pada suku keempat tahun lalu.
Dalam kenyataan di sini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dan pemulihan eksport bagi barangan dan perkhidmatan menyumbang kepada pertumbuhan positif eksport.
Di sisi penawaran, sektor-sektor utama terus berkembang.
Sektor perkhidmatan disokong oleh kekuatan berterusan dalam perbelanjaan pengguna, terutamanya dalam segmen runcit.
Pertumbuhan sektor pembuatan kekal didorong oleh elektronik dan elektrik (E & E) dan pengguna yang berkaitan
kluster.
Manakala sektor berkaitan komoditi terus pulih daripada gangguan pengeluaran yang berpanjangan sejak suku kedua, dengan pertumbuhan yang lebih tinggi pada sektor perlombongan dan pertanian.
Bank Pusat itu menambah, kadar inflasi juga menurun kepada 0.3 peratus berbanding 0.5 peratus pada suku ketiga disebabkan inflasi bagi pengangkutan negatif.
Pelaksanaan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menurunkan impak secara keseluruhan kepada inflasi utama pada suku tersebut.
Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka terus menyaksikan pertumbuhan mantap.
Permintaan sektor swasta dijangka kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama di tengah-tengah rasionalisasi fiskal berterusan, sementara sektor luar mungkin lebih perlahan dengan menyederhanakan permintaan global.
Bank Negara menambah, melangkah ke hadapan, inflasi dijangkakan sederhana tinggi. – MalaysiaGazette